Monday, February 8, 2016

#VLBorneoEscape (part 1)

Bismillah, setelah sekian lama aku nak update pasal short vacation aku ngan kawan kawan dekat Sabah 6Januari haritu sampai 13Januari kan. So harini aku gagahkan diri at least nak siapkan part 1. Aku pun taksure nak berapa banyak part sebab kadang kadang idea aku banyak Kadang kadang idea aku takde. Takmasuk lagi dah lepas dua bulan so, mestilah cam dah lupa sikit sikit kan. Hahaha so mana aku ingat aku cerita lah. Aku cuba ikut flow tapi kalau takjugak aku mohon korang tabahla susun plot sendiri. Kahkahkah

Squad.
Jadi yang join #VLBorneoEscape ni aku, Adeng, Syaraf, Zuraida and Amelia. 'Squad' kitorang bertambah dekat sabah. Dekat Ranau ada Asyrani and dekat Kota Kinabalu ada Najah. Emm mana nak mula ni? haha aku macam banyak sangat pulak nak cerita ni. Okay korang layan je okay. Kalau malas boleh 'close tab' takde hal lah. ehehehe

Memandangkan kitorang malas nak tergesa gesa dari rumah masing2 supaya taktertinggal flight (ceh drama en), kitorang semua decide nak stay rumah amel sehari awal. Since rumah Amel dekat sepang dan only takes about 10minutes nak sampai KLIA2. Kecuali Syaraf lah. Dia je dari Bangi pagitu. Jadi dalam pukul 9 kitorang gerak ke KLIA2 bersama bagasi masing2 yang 'acah ringan' tapi bila timbang, adeng sorang je yang kurang 7kg. Yang lain terlebih. Haaaa takkira lagi syaraf sorang je beli extra baggage, 15kg tapi itupun masih overweight. Nak buat macam mana, satu baju satu shawl, takkira selipar kasut semua. Jeans berat. aiceh mula2 cam gelabah jugakla tapi lepas tu semua buat lantak je. Alhamdulillah lepas je bawak naik cabin.

Before boarding, banyak peristiwa lah jugak. Juju taklepas sebab tiket dia ejaan nama tak accurate dengan boarding pass. Peh, yang kelakarnya Amel punya nama pun jadi 'Amelina' tapi hijab kot polis tu taknampak so lepas lah nak daftar masuk tu. Kitorang pulak semua lupa pasal ejaan nama tu, so semua lepas tiba2 pusing belakang nampak juju taklepas. Haaa gelabah aku cakap kau. Call sana sini. Nak make sure kan juju okay. Juju dari awal lagi cakap, "Aku taktahu apa apa ni, korang jangan tinggalkan aku." so semua memang cuaklah.

Lamalah jugak kitorang tunggu Juju betulkan nama dekat boarding pass tu. Dia taklama senanya, cuma kene beratur panjang gila. Sebab tulah lama. KLIA2 kan macam main airport so semua dekat situ. Ramai orang. Then, sepuluh minit sebelum boarding barulah Juju muncul. haha aku takingat ah boarding pukul berapa. 11.50 pagi kot. Kot lah.


Tidur ke juju hahahaha
Dalam flight tu Juju jumpa 'cinta baru' dia. Peh terseksa gila Juju kene duduk sebelah 'stranger'. Juju ni bukan jenis bersembang orangnya. Memang dia ignore je pakcik tu cakap apa. (Eh, should i call him pakcik? since dia takde la tua mana pun but who cares. haha) Nak dekat landing tu pakcik tu pun dah stress dengan Juju. Dia taktahu pulak Juju dah lama 'malas layan' dia. Hahahahahahaha kitorang tukang ketawa kan jelah Juju. Apalah nasib susunan seat tu macam tu kan. So tabah jelah.

Sampai je dekat Kota Kinabalu Airport, semua kejar tandas. Nak betulkan tudung. Peh tidur dekat dalam flight takingat dunia, memang berserabut lah aku cakap. Lepas dah selesai urusan dekat airport sampai je Balai Ketibaan tu masing2 baru nak bukak phone masing2, baru nak on data, off flight mode nak call and whatsapp asyrani tiba tiba je terus nampak dia dekat depan tu. Muka excited. Rupanya dia dah sampai satu jam sebelum tu lagi. Haaaa baguskan dia? So kitorang peluk cium semua tu then terus naik kereta nak pergi Ranau laa.

Lima tahun takjumpa kot. Hmm
Abang Asyrani drive bawak kereta yang besar tu. Alah orang panggil apa yang cam 4x4 tu? Four wheels drive eh? Kalau macam tu semua kereta four wheels drive kan? Eh entahlaa, tapi korang paham kan kereta dia cemana? Hahahahaha sorry laa aku fail sikit jenis2 kereta ni. Aku tahu mini cooper je, dream car aku. Eheh

Muat ke satu kereta? Gila kau, takmuat pun kitorang padatkan. Takdehal lah. Asalkan dapat bergerak tanpa perlu keluar duit. hahaha Padat memang padatlah, tapi okay je, hidup je. Haha gembira lagi kot kitorang dalam kereta tu. Boleh main 'teka teka' 'cari dan menang' dengan Adeng. Kalau korang wondering macam mana permainan tu, meh aku bagi contoh.

"Adeng, cuba cari "Shalom Resort."-aku "Alah, tu haaa *tangan tunjuk signboard*"-adeng
 Haaa, korang paham? Ni permainan adik beradik ramai yang bosan dalam kereta je ni. Sebab aku dengan adeng je tahu. Syaraf and Amel kata "takpernah pun tahu", Juju pulak diam je. Aah la, lupa tanya juju pernah main ke tak. Tapi aku dengan Adeng main sambil ketawa2, memang best laa. Lagi best kalau kau tanya tulisan yang dah lepas, contohnya no plat kereta yang dah potong and dah lesap dari pandangan. hahaha Sampai bila penat semua tertidur and bila bangun, sambung main lagi. Adeng banyak main laa. hahaha tapi moments ni lah yang best. Auch, aku rindunyaaaaaa.

Jalan otw ke Ranau.
So perjalanan ke Ranau dari Kota Kinabalu takes about 2hours kalau lajulah. Jalan ke sana memang best gila. Macam jalan nak pergi Cameron Highland. Kabus kabus, jalan bengkang bengkok. Mendaki bukit dan banyak lagi laa. Tambah lagi dengan pemandangan kehijauan sekeliling. Peh, daebak. Tapi perkara yang kitorang perasan, idk la nama kawasan tu apa, tapi dekat2 dengan Ranau lah kan, every 100m aku boleh cakap mesti jumpa church. Memang banyak. Sampai takterkira. Adalah dalam dua puluh lebih aku rasa. And signboard church tu semua sama, background putih, font warna hitam gold. Takkira lagi anjing, peh bersepah macam kucing dekat DM SMAPLabu. Tapi syaraf dia takkenal anjing dengan kambing. Kitorang semua nampak anjing tapi syaraf dia nampak 'kambing', so kitorang 'iya'kan aja. mana mana jumpa anjing, kitorang meng'anjing' dia pulak kata tu kambing. Peh rindu lagi, urgh nak nangis pulak nak further tulis ni. Haih

Kitorang ada singgah dekat Pekan Nabalu. View memang cantik. Berkabus, angin bertiup. Aiceh cam hindustan pulak cuma hujan lambat sikit je. Kalau tak boleh shoot Kaali dengan Meera acah Dilwale dah dekat situ. Haha

Sampai pekan Ranau, sejuk memang sejuk. waktu tu taksilap aku pukul 6 lebih tapi gelap dia macam dah pukul 8 dekat semenanjung. kitorang singgah makan kejap sebab semua dah kelaparan takmakan dari breakfast lagi. Makanan takbanyak beza pun. lebih kurang je kitorang order nasi goreng blablabla then semua order lepastu semua takhabis. uwell, bila sejuk2 centu semua sebu lah nak makan. Haha tambah dengan kerunsingan semua bila tengok phone masing2 semua dah takde line kecuali celcom. Peh itu cabaran utama. Aku and Amel umobile, Adeng RedOne dan memang babai jelah. Line pun takde nak on data cemana. Mula2 macam gigih jugaklaa angkat phone, gerak gerakkan (korang paham kan cara nak 'cari line') tapi lama lama semua fed up. Lantak jelah. Urgh

Dekat kedai tu, Asyrani dah bagitahu awal awal, rumah dia takde line kecuali 'satu tempat' ni boleh dapat line tapi Celcom jelah. Haaa sedih kan. So memang dah 'sado'kan hati dah. Otak aku pening fikir nak mereput buat apa kalau phone takfunction. hahahaha sadlaif jugaklaa. Then, kitorang sambung perjalanan nak pergi rumah Asyrani dekat Kundasang. Kundasang ni kalau siapa taktahu dia cam Cameron Highland lah, malah lebih sejuk. Lagi best sebab dapat nampak Gunung Kinabalu live.

Dekat sini baru aku faham kenapa abang dia bawak kereta tayar besar macam tu. Sebabnya, jalan dekat situ memang peh, takboleh nak cakap. Cuak pun ada jugak. Cerun gila, jalan takrata, macam takrupa jalan pun ada. Tak, ini bukan kutuk, cuma aku nak korang paham keadaan bila kita dekat sana. Jalan yang okay dekat tengah bandar je. So bila naik 4x4 ni macam tahan lasak kan. So okaylaa sikit. Alahamdulillah dalam pukul 7, isyak waktu dekat sana, kitorang sampai rumah Asyrani. Akhirnyaaaa, hahahahaha. Dekat rumah Asyrani ni Juju duduk bilik Rani. Aku, Adeng, Amel And Syaraf duduk satu bilik lain.

Hmm untung sikit ah juju dia ada line, lepaslaa nak ws. Juju ni pulak jenis yang ws takhenti. Hmm, kenapa aku kata macam tu, ada kisah dia. Dekat part 2 nanti aku cerita. kahkahkah Tapi kitorang empat orang kembali ke masa lampau. No internet. Semua letak phone. Charge. Berebut plug, dengan power bank nya. Tapi Adeng, dengan gembiranya main game 'sniper' apa benda tah dekat phone dia. Bahagianyaaa adeng, sampai aku join sekali, bagi support dekat dia. Hahahaha

Malam tu kitorang kemas beg sekali lagi, sebab asyrani kata esoknya tu lepas jalan2, kitorang terus balik rumah lama dia dekat mana erk, Ranau jugak taksilap aku. so nak limitkan beg lahkan, takkan semua nak bawa bagasi masing2, parahlaa. haha Menggelabah jugak laa nak mix and matchkan seluar, baju, shawl, tudung semua, selipar lagi. So hasil penat lelah semua, kitorang berjaya bawa dua beg je. Sepatutnya satu beg tapi amel kata padat sangat en, so kita turutkan aja, tambah lagi satu beg. ehehehehe

Adeng big boss. Dia tidur atas katil sorang2. Kiorang bertiga tidur bawah, semua berselimut kesejukan kecuali aku. Entah, aku rasa biasa je. Kahkahkah. Pagi tu Juju pukul 5 pagi ada 'bridged solat' kejut a.k.a Juju. Pepagi tu ketuk pintu, kejut kitorang subuh. Haha mestilah aku yang bangun en, susah sikit laa ada gangguan waktu tidur ni, senang sangat aku nak terjaga. Ehehehehe

Mandi pagi tu memang aku taktipu, macam mandi air sejuk plus ais. Peh sejuk gilaaaaaaa.
So pagi tu siap2, rebut2 tandas, rebut cermin nak pakai tudung, asyrani buat breakfast kejap and terus gerak, mulalah misi berjalan kitorang. Yeayyyy. Nak tahu kitorang pergi mana? Buat apa? best ke tak? haaaaaa, stay tune gais. Nanti kita sambung part 2 okay. See you. Babaaaaiiiiiii.


Jom ikuti pengembaraan kami. Ohyeah Seeyaaaa



2 comments:

  1. holaaaa......kak azy...nice trip x ajak...hohoho....i ll wait for u at smapl...dorm FAZA ter'chenta' ye...salam from all of us...ex Hafsah 2015

    ReplyDelete
    Replies
    1. iols tahu uols busy study, mana boleh ikut mwwhehehehe okeng unaa, inshaaAllah 3mac jumpa ya. Hehe waalaikumsalam hadek hadek

      Delete