Sunday, February 21, 2016

#VLBorneoEscape (part3)

Bismillah. Okay setelah lama taksambung post #VLBorneoEscape ni, jadi ayuhlaa kita teruskan memandangkan next week result dah nak keluar dah. So memang aku target nak habiskan entry pasal vacation aku dengan enam kanak kanak yang lain ni before result, jadi marilah.

Okay hari ketiga ni mencabar. Kalau korang tanya mencabar macam mana? Dia cam mencabar lagilah dari nak jawab addmath. Eh? Haa kang habis aku kene bash sebab sembang addmath dekat sini. Ekekeke okay Hari ketiga ni kitorang cadangnya nak mandi air panas. Alaa, air panas semulajadi, tahu kan? Dekat Rembau pun ada. Tapi cam saje je mengada nak pergi yang dekat Sabah jugak. Haha jangan bash aku. Eleh, mesti korang kata, "Mandi air panas je pun, apa yang mencabarnya?"

Hekeleh brader, relaxlaa, takhabis lagi kot. Tu kan aku kata, "CADANGNYA" , haa tu plan asalnya. So pagi tu kitorang bangun siap siap macam biasalah. Cuma bezanya takdela pakai jeans ke, baju cantik2 ke, tak tak. Kitorang semua sarung tshirt batch (barulah 'VL'kaaan) dan pakai track bottom. Tapi waktu dekat rumah tu memang mindset nak mandi air panas jelahkan.

Sampai je dekat destinasi yang dituju, (Poring Hotspring), daftar dulu. Pastu jalan sikit2. Okaylaa. Cantiklaa kawasan tu. Jalan depan sikit, nampaklaa kolam2 kecik yang banyak kiranya tu tempat nak mandi air panas lahkan. Tapi tiba2, abang Awi suruh letak semua barang and katanya nak daki bukit dulu. Kitorang cam blur blur jugak awal awal tu. Semua muka takpaham je, se
nanya nak buat apebenda ni. Harharhar

Dah letak semua barang tu, abang Awi kata, bawak barang berharga je. yang lain tinggal. Air mineral jangan lupa. Semua cam, okay okay. Kita ikut je.Dah siap tu jalan lagi, abang Awi guide lagi. Sampai ada satu signboard tulis, "3.5km Langanan Waterfall." Lepastu abang Awi tanya, "Boleh tak ni, larat tak?"

Peh waktu tu aku cakap kau, aku yang jawab, "3.5km? Ahh, boleh. Takde hal lah. Okay kan geng?" Haha support kawan2 kene ada jugak, kalau aku sorang je nak naik pun takjadi. Hahaha Seriously dalam kepala aku ni cam, 3.5km? Alaah, ape lah sangat. Merentas desa 3km okay je. Haaaaaa padahal merentas desa tu pun aku pancit tapi entahlaa, berkobar kobar nak daki bukit tu buatkan aku yakin gila nak naik. Tanpa sikit pun ragu ragu. Aiceh Nak dekat sampai tempat mula pendakian tu, abang Awi tinggalkan nasihat.

"Ini hutan tebal. Jaga bahasa. Teamwork penting. Kalau sesat jangan panik, patah balik. Air minum bila perlu. Pacat ke lintah ke benda biasalah."- Abang Awi
Haaa waktu ni start cuak. Aku mati mati ingatkan abang Awi bawak kitorang. Rupanya kene redah sendiri. Peh, tapi takpe. Dengan yakinnya ditambah gelak ketawa pada awalnya kitorang masuk hutan itu. Jalan macam mana? Ikut gerak hati. Nampak denai denai tu kitorang lalu jelah. Cumanya kalau ada persimpangan, maksudnya ada jalan lebih dari satu, kitorang ikut gerak hati je. Haha

Mula mula bercakap je, sempat jugak amik gambar dulu. Haha jalan punya jalan. Berhenti selfie dulu semua then jumpalah satu sungai. Waaah, waktu ni rasa macam nak dekat sampai dah. Sebab macam dah lama jugaklaa kitorang daki tu. Main main air dekat sungai tu kejap. Lepastu jalan sikit sekali nampak ada board kecik, tulis "0.5 km"

Semua macam, "HAAAAAA? BARU 500meter? YA ALLAH, JAUHNYAAA. MACAM MANA NI, AKU DAH PENAT HUWAAAAA." Memang, taktipu. Dah letih. Amel dah taklarat. Banyak kali kitorang stop. Berbekalkan dua botol je mineral waktu tu, memang awal awal rasa nak give up. Tapi bila semua, "takpe weh, kita nak tengok jugak waterfall tu macam mana. Ayuh, ayuh."

Antara sungai yang kitorang seberangi hehehe.


Jadi kitorang teruskan. Lepas 0.5km ni, takdenya nak berhenti amik gambar ke apa. Semua simpan phone, takut jatuh gaung ke apa. takpasal pasal. Jalan licin, sebab malam tu baru hujan. Kecuali Juju. Dia ni otai beb. Dia boleh whatsapps sambil daki ni beb. Taktipu. Hahaha dengan selipar, beg lagi, juju masih boleh ws dalam hutan ni. Yang awesomenya, Celcom line H+ kot dekat dalam hutan ni. Peh, terbaik. Kitorang ni dah separu mati tapi juju masih ketawa baca conversation dia.

Nak daki ni memang teamwork tu penting. Jalan licin. Sebab ada airmata air semua tu kan jadi berair ah tanah tu. Few days before kitorang sampai Ranau pulak, ada gempa kecil dekat kawasan ni. So waktu daki tu nampaklaa kesan kesan dia. Pokok tumbang laa semua. Jadi nak lalu celah2 pokok tumbang tu taksenang. Kalau salah jalan boleh jatuh dalam gaung tu. peh, mencabar kan?

Mula mula macam okay, tapi start 1km dan seterusnya, dah semua dah mula injured. Bukan teruk sangat, tapi sebab haiwan tu menggelikan jadi semua stress. Haiwan apa? Apa lagi, pacat lah. Ergh, yang pertama kene gigit pacat is Asyrani. Darah dekat kaki dia takstop beb. Lama jugakla kitorang stop waktu Asyrani first time kene ni. Siapa buang pacat tu? Dah semua lari, kau rasa siapa? Aku lah aku. Memang aku takpernah jumpa adik beradik pacat ke lintah ni. Honestly aku cakap, mula mula aku takut jugak. Tapi aku ni jenis yang, bila dalam keadaan darurat, semua benda aku berani. (Kecuali kucing ah, itu darurat ke apa memang aku lari.)

Dengan yakinnya aku cabut pacat tu. Ergh, tolongla. Susah tahu tak nak cabut. Dia melekat ke apa aku taktahulah. Tapi mengenangkan kawan kawan aku yang semua dah menjerit ketakutan ni, aku cabut jugak la. Start dari tu, selang beberapa minit, ada jelah pacat naik dekat Adeng laa, Juju laa, Syaraf laa, Amel pun sama. Semua memang jalan pandang kaki masing2, nampak je pacat menjerit. HAHAHAHAHA kalau dengar jeritan tu takde lain lah, dah tahu dah pacat. Hahaha mula2 jelah diorang harapkan aku cabut, lama lama tu dah macam selalu pulak pacat tu naik kan, so semua hampir laa nak berani. Macam bolehlaa nak cabut pacat dekat kaki kawan, cuma dekat kaki sendiri masih menjerit, contohnya Juju dengan Syaraf. Hahahaha


Kalau korang tanya aku kene gigit ke tak? Entah, aku kene gigit. Cumanya aku jenis yang takheran. Takdelah nak jalan pandang kaki centu. Hahaha so, pacat tu dah sampai betis ke centu baru aku terasa. Haha Sakit memang sakit. Darah tak senang nak stop pulak tu. Dahlaa takbawak apa apa emergency kit, jadi memang pandai pandai ah ikhtiar, dengan daun ke apa. Amel pulak memang taklarat, but kitorang memang nak sampai waterfall tu. Takde lainlah, memang moral support tiptop ah kitorang kasi.

Nak sampai waterfall tu kitorang redah 3batang sungai dengan airterjun yang biasa2 dulu. Okaylaa malas cerita panjang, and bila sampai dekat Langanan Waterfall tu, dia punya view memang tiptop aku cakap. Cantik sangat, Subhanallah. Dengan angin kuat, percikan air lagi, aiceh. Memang hilang semua penat lelah naik tadi. Lupa sekejap yang kitorang dah daki 3.5km. Rasa taknak turun pun ada. Haha So aku share gambar jelah okay. Hehe

That awkward pose hehe
We made it yeay
Best, seronok and macam macam lagi. Turun tu, kitorang ada terserempak dengan couple matsaleh ni. Dia baru sampai waktu kitorang baru nak turun tu. So kitorang pun dah sedia dah mental fizikal nak turun balik 3,5km ni kan. Hahaha turun macam better sikit ah dari naik. Naik kitorang 3jam lebih turun dua jam setengah. Kira okaylah tu. Waktu turun ni macam relax sikit, lalu sungai, lepak rendam kaki dulu main main air baru sambung turun.

Turun je, nampak abang Awi sambil tersenyum sinis pandang kitorang, maybe dia nak ketawakan kitorang tapi dia cover kot. Haha takkisahla kan. Yang penting dia bawak 100plus. Itu penting. Semua acah nak 're-energize' balik centu ah. Turun turun semua kelaparan.

Lepak lepak kejap adeng and syaraf mandi air panas 5minit pastu gerak kedai makan yang terdekat isi perut dulu. 5Jam lebih takmakan takkelakar beb. Mula2 acah nak mandi air panas lepas lunch, tapi bila sampai kedai tu, semua dah keletihan, taklarat, masing masing fikir nak balik tidur je so perancangan nak ber'badak berendam' air panas sabah terbatal. Haha Yang bestnya, dekat kedai makan ni baru aku perasan ada satu pacat yang sedap hisap darah kaki aku yeay yeay setelah 45minit turun dari bukit baru aku perasan. Wallaweh, memang pacat tu kenyang makan darah aku haih tabah jelah.

Balik, sampai rumah, Solat, update instagram dulu (hal penting beb. Haha), lepastu semua terbaring taksedarkan diri sampai lah maghrib. Okay ini special beb, disebabkan aku tengok semua kepenatan. Waktu maghrib tu, kejut diorang suruh niat 'Jama' Ta'khir' je lepastu semua taksedar. Kesian pulak aku tengok Asyrani sorang2 dekat dapur, so aku pun tolongla dia.

Takdenya setiap malam nak makan luar. Habisla duit kan. Haha so kitorang memang ingat nak masak sendiri ah. Lauk simple je, Sardin. Memang asalnya Juju dengan Asyrani yang duty siapkan makanan ni, tapi aku taksampai hati pulak nak kejut juju tu nampak penat sangat. So, aku pun masaklah. Asyrani masak nasi and goreng telur dadar dan aku siapkan lauk sardin. Itu first time aku cuba, aku ikut yang macam ibu biasa buat. Sardin ni kan banyak cara, so aku redah je. Asalkan ada rasa. Masak dengan kasih sayang itu yang paling penting kan. Haha

Lauk siap, nasi siap. Aku pun kejutlah kanak kanak tu makan. Semua bangun mandi lepastu semua makan dan takpercaya aku yang masak. Peh, ini aku geram. Adeng lagilah, "Aku takpercaya ah aji, sebab kalau kau masak mesti hangus." Juju pulak, "Yeke, sejak bila kau reti masak ni?" Sedih beb, bila semua takpercaya aku masak. Huwaaaaaaa, Semua macam, "Alah, ni asyrani masak ni. kau tengok je." Haaa, dengki kan semua?

But its okay, esok tu semua percaya sebab aku buat sardin for breakfast jugak. Waktu tu puas pulak semua bodek suruh aku masak sebab lapar. Hahahahahaha

"Ajon, sardin kau kan sedap. Cepatlah buat jon." -Adeng
Masak sardin pun ada cara beb. Hahahaha asyrani je tahu cara aku ni sebab aku bagitahu dia je. Hehe Takde ah rahsia mana pun cara ni, tapi jarang orang buat lah, nak belajar boleh ws aku. Aicewah Jadi malam tu aku lah yang paling 'acah' nak movie marathon, hindustan. Tengok Mohabbatein kononnya, Tapi aku yang syahid awal. Akhirnya adeng yang tengok. Yang lain semua tidur, takcerita lagi satu badan sakit2. Dah macam warga emas dah kitorang. Nak bangun pun perlahan je. Hahaha tak warm up terus redah 3.5km siapa suruh kan. Nasiblaa.



Okay, cukuplah untuk part3, nanti kita sambung lagi. Haha tahniah geng, taksangka dari semua gelabah dengan pacat sampai dah bole buat sahabat. Naik penuh excited sampai turun kaki gigil gigil lah kan, syaraf? Haha oh lupa nak cakap, best daki kalau kau ni tinggi cam aku je kan, sebab kita ca lebih stabil lah. kalau syaraf dia asyik nak tergelincir je, kesian beb. Haha adeng pulak kaki dia baru elok dari injured waktu netball, so takstabil sangat jugakla. Hehe dah dahBabai Thanks for reading.

1 comment: