Tuesday, April 26, 2016

#VLGraduationDay


Bismillah. Okay dah lama tergerak nak buat post pasal hari graduasi ni cuma 'emosi' tak mengizinkan huwaaaa okok ramai dah yang koyak, rabak hancur lebur semua tapi takpe, aku buat post ni takdela throwback mana, ini juga untuk kemashlahatan bersama. Bukan apa, waktu duduk rumah sensorang ni boleh laa nak fefeeling sikit, satgi parents dah balik kerja semua terkejut, putus cinta ke apa anak aku ni menangis sampai bengkak mata. kkkk so aku tulis ni cukup sebagai kenangan nanti aku dah tetua nak kasi anak aku baca ewaaaah. 

Nampak gambar tu? Happy kan? yaaaa, mashaAllah, seronok takterhingga bila dapat gather balik dengan manusia manusia yang lima tahun kita hadap tu (oh ada jugak yang setahun lebih but its okay tetap ada tempat dalam hati, ewah) Basically, hari graduasi kitorang ni takdelaa sehari dan tamat. sebab dia macam start awal dan berlarutan sikit laa kan. Hmmm sekarang ni aku taktahu nak buat plot imbas kembali ke apa apa ke.. hmm jadi korang pepandai laa susun plot ni mana satu klimaks mana satu peleraian ok, BM aku pun tak A+ so memang terabur sikit. hehehehehehehe

Putera, awal lagi gerak. Jumaat dah bertolak dari hometown masing masing pergi homestay. Masing masing memanfaatkan lesen P. setahu aku homestay dekat Labu, tapi taktahulaa kalau aku silap. Tapi kitorang puteri, Jumaat tu lek lagi kat rumah, tunggang langgang lagi lari lari cari baju grad, masih 'gaduh' lagi dekat group ws bincang tudung apa nak pakai, masih menggelabah lagi cari kasut sbb semua takde 'court shoe'. Hahahahaha well, perempuan kan. Tapi sabtu tu semua dah gerak SMAPLabu laa nak ambik jubah semua. Putera pulak hari Sabtu tu Alhamdulillah sempat pergi melawat cg Shamsiah yang sedang sakit dekat Bangi. Ramai ramai convoy masing masing dengan kenderaan sendiri. Aksi lagak ngeri ke apa tu takpayah cerita, cukup tengok diorang drive 10m dari depan dsb nak keluar kawasan sekolah tu, aku dah tahu memang dah dekat dah ajal tu. hahahahahaha jkjk apa apa pun diorang selamat jeee sampai SMAPLabu untuk raptai malam tu.

Petang tu sempat jugaklaa keluar makan Bangi jap. Takdelaa gathering Ilham pun sbb Azmi takde. Lagipun Kasyah drive Avanza dan takmuat nak sumbat semua orang. Lewlz sorry azmi, nanti next time kene cari Alphard baru boleh angkut semua. Hehe kitorang sampai Bangi Sentral nak cari 'tempat makan hipster'. banyak memang banyak masalahnya parking. Ya Allah, tiga kali pusing kawasan tu barulah jumpa satu parking. MashaAllah. Lain tempat kitorang cadang nak pergi, tapi sbb parking dekat dengan "April 24" so kitorang pergi jelah situ sbb malas nak jalan jauh. Masing masing kelaparan. Semua tak lunch lagi. 

Okay okay jelah makanan kat situ. Mahal memang mahal tapi sebab Alep dengan Syaraf payung lebih so sikit jelah kene bayar. hahahaha paling sedap pavlova kot yang lain macam biasa je. Alep kata nasi goreng dia macam letak perencah Maggi. Haha taktahuler kawe nak gambarkan cemana rasa dia.

Petang tu dalam maghrib sampai SMAPLabu terus lari lari sebab raptai start pukul 8. Baju tak iron, shawl lagi, nak mandi lagi, solat lagi. Haaa memang terabur sikit laa. Malam tu raptai, hehe dahlama takrasa kene arah, kene dengar ucapan, nasihat, teguran centu. Ingatkan awal laa jugak habis rupanya lambat jugak, 11 lebih baru habis rehearsal. masing masing bosan time rehearsal duk ws takhenti. send gambar 'muka bosan' masing masing, sempat lagi skype, facetime dalam dewan tu. hahaha sabar jelah. Balik asrama semua kelaparan, putera okay lagi boleh drive lepak makan kat luar yang kitorang ni takkan laa nak jalan kaki kan. So, masing masing makanlaa lebihan potluck petang tu. Dah laparkan, semua benda sedap. Pastu sembang takingat dunia, dah lama takjumpa kaan, macam macam cerita dah keluar. 

Pagi grad untuk aku, memang terabur. Orang lain macam ok je aku tengok. Semua awal kecuali aku. Dah lambat pun sempat je ws dengan wadaah. Cuma aku voice note je sbb gelabah sikit malas nak taip hahaha. Dia sampai kesudah ketawakan aku. Aku tidur bilik junior, so turun nak jumpa diorang ingatkan nak gerak kantin sama sama. sekali bilik sakit, musolla semua dah kosong. Cuma ada fanor je tu pun tengah panggil siapa tah. Hahahahaha waktu sampai kantin tengok semua dah habis makan. Haha aku datang mengadu tudung takjadi je pastu pergi tandas, ain mus tolong betulkan. Haaaa tu memang perangai aku, jenis yang suka menyusahkan orang sikit. Hahahaha nasib baik ainmus ni baik orangnya, sabar jee layan aku. Hehehehe 

Overall majlis Graduasi berjalan dengan sangat lancar. Okay je walaupun tudung cam selebet sikit tapi banyak je gambar aku ambik. Hahaha jenis yang dah redha muka horror. Best laa ambik ambik gambar tak ingat dunia. Bila lagi kan dapat bergambar pakai jubah graduasi SMAPLabu tu. Nak jumpa batchmates ramai ramai macam tu kan. 

Pinjam bunga Azlina.
Tahniah Azlina, pelajar terbaik SPM2015 plus dapat anugerah pelajar terbaik subjek elektif. Tahniah jugak Alep dapat Anugerah pelajar terbaik subjek teras. Tasnim dapat anugerah pelajar konsisten. Fuyooooo hebat hebatlaa semua. Hehe Dan tahniah buat semua penerima Anugerah Platinum, Emas dan Perak dan semua orang takterkecuali. Kita berjaya habiskan SPM dengan cukup membanggakan. Ohyeaaaahhh

Dah penat tengah hari tu, dalam pukul 3 kitorang gerak ke PD naik bas untuk BBQ. Sampai sana baru tahu nak kene hidupkan api sendiri. Dahlaa puteri je ada waktu tu. Putera taksampai lagi. Apa lagi, semua gabung idea ah, gunakan kemahiran hidup yang A time PMR dulu semata mata nak nyalakan api untuk bakar arang tu. Hahahaha susah memang susah tapi berjaya. Yeaaahh credit sikit dekat 'cipppppp' Adeng sbb dia paling gigih tiup bagi api tu dapat menyala. Oh dan semua laa termasuk yang lari lari pergi beli lighter dekat kedai runcit seberang jalan sbb puteri mana ada yang merokok. yang kipaskan api tu, yang halang angin masa nak hidupkan api, yang kipaskan aku pun ada jugak lewlzzz Hahahaha aku siap google lagi macam mana nak bakar arang, halamak takdehal lah. Tapi banyak jugak sosej hangus yang kitorang buat. hahaha

Ketika putera sedang sibuk menyiapkan makanan BBQ, kami disini dengan penuh gembira sekali. Hehehehe

Tapi petang tu putera sampai, diorang sambung bakar laa. Diorang lebih arif bab bab bbq ni. Kitorang main pasir je pastu ambik gambar tepi laut je. Hehehehehe Malam, lepas maghrib, makan. Haaaa part ni best laa sbb semua kan kelaparan, so bila makanan dah ada semua serbu macam pirana. Hahahaha tu yang sampai ada yang takdapat sosej dan sotong tu. Hmmm takpe, putera memang bab makanan diorang berkira sikit eh tak, berkira banyak. hahahaha sampai mengungkit dekat Twitter but its okkkkkkkkk. Aku faham diorang penat bakar en. kkkkkk Nanti datang rayalah aku ganti sosej dengan sotong engkorang tu hahahaha.

Habis makan makan, hmm time ni dah mula sebak dah. Dah tahu dah nak balik satgi. Haaaaa waktu ni nak cover sikit so aku ajak diorang ambik gambar. Aku yang before ni taksuka pantai sbb pasir pasir tapi kali ni redah je, dah takhirau pasir masuk baju ke seluar ke apa ke. Stokin penuh pasir pun takkira asalkan dapat spend time dengan kawan kawan. dah settle semua, putera pun dah kemas barang barang BBQ tu, then diorang gerak dulu. Diorang ni banyak program lain so kita biarkanlaa. Kitorang balik naik bas, lepastu semua dah nangis nangis dah, touching. Malam tu aku memang dah nangis teruk dah. Tapi sbb penat sangat aku tido. lepastu pagi esok tu putera buat drama, okay koyak balik. lepastu semua post dekat insta dengan caption sedih haaa barai, rabak balik dan begitulah seterusnya. Sampai bila aku taktahu. 

Maka dengan ini, tamat sudah perjalanan aku dan kawan kawan aku sebagai pelajar sekolah. Lepasni banyak lagi benda nak kene tempuh dan aku taktahu boleh ke tidak dapat kawan kawan yang se setia anda semua. #ValourIIIV takdehal lah, walaupun bergaduh je dari form 1 sampai form 5 tapi tetap ada saat diperlukan.

Girlsssss, nanti dekat luar sana, take care. Jangan lupa diri, be safe. Cari orang yang betul betul boleh jaga korang waktu susah, senang, waktu sakit, tergolek, terjatuh tersembam semua. Fokus dengan matlamat hidup, be educated sbb kita ni taklaa kuat mana. Nanti dah jadi isteri isteri solehah, dan jadi ibu ibu mithali kita boleh buat family day pulak. hahahahahaha Lelwzz so minta maaf salah silap sepanjang aku dan Caq jaga korang. Dekat luar sana ramaaaaaaiiii lelaki yang ada tapi pastikan yang datang dalam hidup kita itu yang betul betul bersungguh dan terima kita apa adanya. Jangan leka kejar dunia je, akhirat jangan lupa. Semua yang kita dah belajar dekat SMAPL tu praktikkan, jangan sia sia kan. Terima kasih untuk semua kenangan yang mengajar aku banyak soal hidup dan persahabatan. Loveyaaaaaaaaaaa.

Untuk putera Valour, terima kasih untuk semuanya. hahahaha gaduh gaduh, benci benci  pun korang still bakarkan kambing, sotong, udang, sosej jagung dan semualah untuk kitorang. Hahahahaha sedap sedap, korang jangan risau. semua aku makan takde satu pun yang macam hangus sangat dan takde pun yang takmasak. perfect laa.  Macho macho korang pun koyak jugak bila hassan bagi speech. hahahaha lewlzzz Aiceh Minta maaf salah silap dan all the best bakal bakal pemimpin agama, bangsa, dan negara ohh taklupa bakal pemimpin keluarga. Cuma nak pesan. drive tu hati hati sikit. Adoh, jenis yang drive macam takde pedal brake ni aku stress jugak. Memanglaa maut tu pasti tapi kau jangan cari pasal pulak, alaaaaahai. 

Dan untuk semua, Goodluck untuk hari hari selepas ini. Bila kita terfikir susah nak lepaskan kawan kawan kita, ingat balik. Kita semua ada cita cita. Nak sampai pada cita cita tu memang kita kene korbankan banyak benda. Dan salah satunya adalah ini. Kita korbankan persahabatan kita buat seketika. Bukan bermakna terhenti, tetapi beri ruang untuk semua gapai apa yang di impi. Kalau takhabiskan zaman sekolah menengah ni, macam mana nak masuk alam universiti yang masih panjang lagi. Ada jodoh nanti kita jumpa lagi. Lagi best kalau orang pertama kawin dengan batchmates sendiri, yeaaaayyyyy boleh reunion lagi. HAHAHAHAHAHAHAHA AAAAHHHH aku takkira, mesti ada yang kawin satu batch jugak, ahh aku takkira. Kene ada. 

Hehehehehe so babai bakal bakal doktor, engineer, cikgu, pensyarah, pegawai pegawai besar, calon calon CEO, accountant, lawyer dan semualah. Semoga apa yang korang hajatkan menjadi kenyataan dan  terus dalam jagaan Allah. Terima kasih sudi luangkan masa baca post ni. Dan babaaaaaiiiiii

Takkan pernah tinggal dalam doa. #ValourIIIV
Tak koyak, kan? hehehehehehehe

No comments:

Post a Comment